Malaysia No.1 Destinasi Pelancongan Islam
Walaupun berhadapan dua bencana penerbangan yang menggemparkan seluruh dunia pada tahun 2014.Malaysia masihmenjadi tumpuan pelancong dalam pasaran pelancongan Islamyang makain berkembang pesatmenerusi satu kajian yang di keluarkan.
Selain Malaysia negara-negara Islam yang turuk tersenaraiTurki,Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi,Qatar dan Indonesia,berdasar laporan pakar pelancongan Islamik Crescentrating dan MasterCard.
Laporan tersebut membuat pernilaian berdasarkan kesungguahan dan ketelitian negara-negara dalam memenuhi keperluan pelancong Islam termasuk akses kepada restoran halal yang menyediakan makanan mengikut stardard Islam.selain kemudahan tempat solat di lampangan terbang,pusat beli-belah dan hotel.
Keselurohhan ciri-ciri pelancongan itu dijadualkan dalam Indek Pelancongan Dunia Islam yang menyaksikan Malaysia berada pada kedudukan teratas dengan jemlah markah sebanyak 88.8 diikuti Turki 73.8, UAE 72.1,Arab Saudi 71.3,Qatar 68.2 dan Indonesia 67.5.
Malaysia masih menjadi pilihan utama mereka kerana Malaysia mempunyai pelbagai destinasi pelancongan yang menarik untuk seisi keluarga,selain penduduk setempat yang mesra dan ramah.
Ia turuk merangkumi tarikan destinasi mengagumkan,makanan halal dan mudah menunaikan ibadat solat.Malaysia mempunyai infrastruktur terbaik kepada pelancong Islam.
Mengenai Malaysia
Kenali Malaysia, cintai Malaysia. Sebuah negara berbilang kaum dan bangsa di mana masyarakat Melayu, India, Cina serta pelbagai kumpulan etnik yang lain hidup bersama dalam aman dan harmoni.
Kepelbagaian budaya bukan saja menjadikan Malaysia syurga makanan, ia juga menjadikan Malaysia sebuah negara yang mempunyai ratusan perayaan yang berwarna-warni. Tidak hairanlah mengapa kita gemarkan perayaan dan kehidupan bermasyarakat. Rakyat Malaysia sememangnya mesra dan peramah.
Malaysia mempunyai kepelbagaian dari segi geografi sepertimana budayanya juga. Malaysia dibahagikan kepada 13 negeri dan 3 Wilayah Persekutuan, dipisahkan oleh Laut China Selatan dengan 11 negeri dan 2 wilayah persekutuan (Kuala Lumpur dan Putrajaya) di Semenanjung Malaysia dan dua negeri dan 1 wilayah persekutuan (Labuan) di Malaysia Timur.
Salah satu tarikan utama Malaysia adalah perbezaan dari segi pembangunannya yang ketara. Menara tinggi melangit membayangi rumah kayu yang dibina di atas tiang. Hotel bertaraf lima bintang berada beberapa meter sahaja daripada terumbu karang purba. Tempat tersorok yang hebat boleh dijumpai di tanah tinggi yang turun menghala ke pantai berpasir hangat serta paya bakau yang padat dan lembap.
Untuk percutian yang sempurna, pengalaman budaya yang pelbagai dan keajaiban semula jadi, sekarang waktunya untuk melawat Malaysia.
PENTING:
Pelawat ke Malaysia mesti mempunyai pasport atau dokumen perjalanan yang sah dengan tempoh sah minimum enam bulan melebihi tempoh lawatan.
Kebanyakan kewarganegaraan tidak memerlukan visa untuk lawatan sosial atau perniagaan. Untuk maklumat lanjut, hubungi pejabat diplomatik Malaysia yang terdekat atau pejabat Pelancongan Malaysia.
Lawati laman web Jabatan Imigresen Malaysia ataupun laman web Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri, Malaysia.
Berkunjung ke Malaysia
Gambaran Keseluruhan
Terletak di tengah Asia Tenggara, Malaysia amat mudah dilawati dari seluruh dunia melalui jalan udara, darat dan laut.
Lebih daripada 45 penerbangan antarabangsa ke negara ini sementara syarikat penerbangan negara, Malaysia Airlines, mempunyai rangkaian global yang menjangkau enam benua dan rangkaian nasional yang menjangkaui 36 destinasi tempatan.
AirAsia, syarikat penerbangan tambang murah Malaysia juga menyediakan perjalanan tempatan dan antarabangsa ke destinasi tertentu.
Melalui Udara
Kebanyakan pelawat tiba melalui udara di salah satu daripada enam lapangan terbang antarabangsa di Malaysia. Pintu masuk utama adalah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, Selangor. Yang selebihnya, termasuk Sabah, Sarawak, dan Wilayah Persekutuan Labuan di Malaysia Timur, diuruskan dengan baik oleh 14 lapangan terbang dan landasan terbang tempatan.
Dari KLIA, Kuala Lumpur adalah perjalanan selama 28-minit menggunakan perkhidmatan kereta api berkelajuan tinggi, KLIA Ekspres. Perkhidmatan kereta sewa, bas, koc, teksi, limosin dan keretapi ke Kuala Lumpur dan bandar berdekatan turut tersedia secara meluas di lapangan terbang.
Melalui Laut
Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur mudah dimasuki melalui pelabuhan laut. Terletak di pinggir ibu negara Kuala lumpur (KL), Pelabuhan Klang adalah pelabuhan laut paling besar dan moden di Malaysia. Dengan kemudahan pelabuhan yang baik, ia turut memuatkan terminal perkapalan dan kargo utama. Pelabuhan utama laut lain terletak di Pulau Pinang dan Langkawi, di utara Semenanjung; di Johor di selatan; dan Kuantan di Pantai Timur; dan Kota Kinabalu di Sabah.
Westport di Pulau Indah
Selain perkhidmatan yang disediakan oleh Pelabuhan Utara dan Pelabuhan Selatan, Pelabuhan Klang kini diuruskan oleh bandar pelabuhan antarabangsa baru - Westport di Pulau Indah. Zon perdagangan bebas, Pulau Indah kini dibangunkan sebagai hub industri, komersial, tempat tinggal, rekreasi dan pelancongan dengan marina dan resort.
Menjangkaui 11km, dengan kedalaman semulajadi 14-18 meter, Westport direka untuk menjadi pelabuhan kawasan berteknologi tinggi. Ia mempunyai terminal kontena, kawasan gudang besar dan pusat komersial. Terminal Star Cruise - terminal kapal pelayaran paling besar di kawasan Asia-Pasifik - juga bertempat di sini. Star Cruise adalah kapal pelayaran antarabangsa terbesar yang berlabuh di Pulau Pinang, Lembah Kelang, Melaka dan Langkawi.
FerryLink menyediakan khidmat feri kenderaan dari Changi Point di Singapura ke Tajung Belungkor di pesisir selatan Semenanjung. Tanjung Belungkor adalah pintu masuk ke resort terkenal dan popular iaitu Desaru. Ada empat perjalanan harian pada hari minggu dan lapan perjalanan harian di hujung minggu. Untuk tempahan, hubungi +652-545 3600 (Changi Point) atau +607-252 7408 (Bandar Penawar, Johor).
Melalui Jalan Raya dan Kereta Api
Terletak 48km utara dari Alor Star di negeri Kedah, Bukit Kayu Hitam adalah pintu masuk utama ke Malaysia untuk pelawat dari Thailand. Lebuhraya Utara Selatan menyambungkan Bukit Kayu Hitam ke Kuala Lumpur - 490km jauhnya. Berdekatan pos imigresen dan kastam Malaysia terletak restoran, kedai, tempat letak kereta dan kompleks beli- belah bebas cukai.KE MALAYSIA
No comments:
Post a Comment